Want your
own Fotopage?






 
Kenangan manis bersama anak-anak murid yang disayangi...
Lelaman ini saya tujukan khas untuk semua anak murid saya dari Sekolah Rendah Changkat...
By: Cikgu Sabariah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 10-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Rumah Terbuka

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 40 photos...

Hello cikgu!!! Sya malu cikgu ambil gambar saya time saya tengan main!! Sun 25-Jul-2004 04:27
Posted by:Hazirah
Add comment


Tuesday, 29-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kita Berjumpa Lagi!!!

 
 
 
 
 
 
View all 10 photos...

should'nt have posed that way! cikgu why no more interesting pictures... Tue 11-Jan-2005 11:06
Posted by:Saddique
i love cikgu Wed 23-Mar-2005 05:57
Posted by:johan ariff bin abd razak
Add comment


Monday, 19-Apr-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Saat-saat terakhir....

Bersama 'srikandi-srikandi' saya..
Gambar nostalgia...
Kenapa agaknya Radiah kelihatan begitu sedih?
View all 15 photos...
Saya gembira kerana dapat berjumpa anda semua pagi tadi..terubat juga rindu.. ...cuma yang menyedihkan ialah ada beberapa orang yang tidak hadir.

Inilah gambar-gambar yang sempat saya ambil tadi. Saya agak kecewa kerana gambar beramai-ramai tidak menjadi.. ..Tak mengapalah, satu hari nanti saya akan datang jumpa anda semua dan kita boleh ambil gambar lagi. Tetapi buat masa ini, saya mahu semua tumpukan perhatian kepada pelajaran kerana anda harus menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Saya harap semua belajar rajin-rajin ya. Saya akan membawa mereka yang lulus dengan cemerlang keluar berjalan-jalan!

Hello semua!! Saya minta maaf kerana tak sempat untuk berjumpa awak semua sebelum cuti sekolah kerana saya sibuk pada waktu itu. Saya juga minta maaf kerana tidak dapat membawa awak semua keluar kerana saya diberitahu bahawa saya harus meminta izin sekolah dan juga ibu bapa awak. Saya betul-betul meminta maaf kerana tidak dapat menepati janji saya. Tetapi saya tetap akan memberi ganjaran kepada mereka yang lulus dengan cemerlang. Hadiahnya saya akan berikan apabila sekolah buka nanti.

Saya akan berjumpa anda semua apabila sekolah buka ya. Enjoy the holidays!!!!
Thu 3-Jun-2004 09:51
Posted by:Cikgu Sabariah cikgusabariah@yahoo.com
Cikgu saya baru balik pade KL, BELI BANYAK BENDA!!!!!!!!! Best Wed 16-Jun-2004 05:37
Posted by:Azzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Awak beli banyak benda? Tak ada apa-apa untuk saya ke?? Wed 16-Jun-2004 09:04
Posted by:Cikgu Sabariah
View all 17 comments Add comment


Sunday, 18-Apr-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Anak-anak murid yang saya kasihi

Gambar kenangan di belakang sekolah...
Bersama 'pahlawan-pahlawan' saya....
Anak murid saya yang suka benar ketawa dan makan 'liquid paper'
View all 12 photos...
Inilah gambar-gambar kenangan bersama anak murid saya.. Walaupun ada yang degil-degil dan selalu membuat saya marah, saya tetap menyayangi setiap orang... Semoga anda berjaya dalam pelajaran dan segala bidang yang diceburi. Terima kasih kerana menjadi ilham saya untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru. Saya akan sentiasa merindui anda semua... Selamat Tinggal dan semoga kita berjumpa lagi...

Hello cikgu!!!!!sudah lama saya tidak comment...........
yg saya tahu,
mesti dah tak banyak orang visit cikgu punya webisite ni..........
alah
saya dah kena pergi................
bla3
byez!!!!!!!
Sat 5-Mar-2005 08:17
Posted by:Fadhilah fadrulez_98@hotmail.com
Add comment


Thursday, 8-Apr-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Sukan..

Berarak di Stadium Tampines...
Pengetua memberi ucapan sebelum acara dimulakan..
Fauzan menunggu gilirannya...
View all 36 photos...
Hari yang bersejarah bagi beberapa orang murid. Saya ingin ucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang. Saya begitu bangga dan gembira sekali melihat anak-anak murid saya menerima piala. Yang tidak menang, jangan putus asa, cuba lagi tahun hadapan....

Saya juga gembira kerana yang tidak mengambil bahagian memberi sokongan yang begitu bersemangat kepada rumah dan juga rakan-rakan mereka. Orang-orang inilah yang menyemarakkan lagi suasana di stadium!!

Cikgu,kalau ada masa datang lagi kat sekolah eh! Fri 30-Apr-2004 12:37
Posted by:Fadhilah bte mohd afif fadrulez_98@hotmail.com
Gambar cikgu sikit confusing. Tapi macam professional punya gambar. I took quite a long time 2 look at the pictures. Cikgu jadi fotographer aje lah. Lebih baik. Ade profit. I hear u are coming back 2 our school. Amek cikgu Suphan kelas. Cikgu Suphan baru retire. Thu 3-Jun-2004 01:52
Posted by:Ahmed Saddique
Hello Ahmed Saddique! Ya, saya akan mengambil kelas Cikgu Suphan. Sedih saya kerana tidak dapat mengajar kelas awak lagi. Tapi sekurang-kurangnya dapat juga tengok muka awak ya.. Thu 3-Jun-2004 09:56
Posted by:Cikgu Sabariah cikgusabariah@yahoo.com
View all 10 comments Add comment


Sunday, 14-Mar-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Perkhemahan di sekolah...

Kasihan anak-anak murid saya terpaksa tidur di dewan..
Ahmed Saddique yang mula-mula takut untuk turun...
Akhirnya berjaya..Syabas!
View all 39 photos...
Saya tahu ramai yang begitu ghairah menunggu hari perkhemahan..ada yang berasa takut kerana harus bermalam di sekolah yang lama ini dan ada yang tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam berbagai aktiviti yang akan dijalankan.

Saya berkesempatan mengambil gambar sewaktu perkhemahan itu dan saya lihat ramai yang kelihatan begitu seronok sekali!

Changkat Oooiii!!!!

Hi cikgu, bye cikgu Tue 27-Apr-2004 08:53
Posted by:hakim nurhbnh@moreatonce.com
Hi cikgu, bye cikgu (copy Hakim).
:Changkat oooiii!
: Oooii!
U there, ooii!

Thu 3-Jun-2004 02:12
Posted by:Ahmed Saddique
Cikgu Sabariah, ya habibi...anti mumtaz.. Mon 18-Jul-2005 13:24
Posted by:abuhasan assalehugik@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.